No Body*No MoneY*Hospital
Semalam time naik bas, muncul seorang wanita (bangladesh kot) berulang kali menyebut 4 perkataan..iaitu Help * No Body * No Money * Hospital sambil tangan meminta di beri kan duit le..apa yg naz paham..mayb dia ada seorang ahli keluarga yg sakit kat hospital yg memerlukan bantuan kewangan dan memandang kan dia warga asing dia tiada sesiapa nak minta tolong lagi..erm kalau korang jumpa org mcm ni korang percaya tak? Dlm dunia ni susah nak bezakan..yg mana benar2 dlm kesusahan dan memerlukan bantuan..dan yg mana hanya mengambil kesempatan di atas keprihatinan org lain. Kadang2 keraskan hati je dari nak menghulurkan pape bila jmpa org yg mengemis mcm tu..sebab..naz rasa ade banyak cara lain yg dia boleh usahakan dari pada duduk bersila, menadah tangan..dgn wajah sedih menagih simpati..Kejam ke kenyataan tu..tak de la naz cuma rasa kalau kite rajin sgt huluq menghuluq (hulur menghulur money nie) nanti mereka2 ni lagi naik lemak..nanti lagi ramai yg meminta2..tak gitu....Berbalik, cite wanita naz jmpa semalam..kita doakan je la..Andai dia benar dalam kesusahan dan kesempitan.moga Allah tabahkan hatinya dan di ringanka ujiannya..andai dia berbohong dan berpura-pura..moga Allah ampunkan dosanya..dan bantuan yg kite dah beri pada mereka tu walau secebis je.semoga di terima Allah sebagai amal jariah.
Posted at 9:18 am by NazzRizz